WHO dan UNICEF berpendapat bahawa usaha yang gigih dan berterusan diperlukan untuk membendung kemerosotan kadar penyusuan ibu di merata dunia. Tindakan ini penting memandangkan berjuta-juta nyawa bayi di merata dunia masih terancam oleh pelbagai jenis penyakit berjangkit yang boleh dielakkan sekiranya ibu-ibu mengamalkan penyusuan ibu secara ekslusif.
Mengikut pengisytiharan Innocenti, “semua wanita perlu diberi peluang mengamalkan penyusuan ibu secara ekslusif dan semua bayi perlu diberi hanya susu ibu dari masa lahir sehingga berumur 4-6 bulan. Seterusnya disamping makanan tambahan yang lain, ibu digalakkan memberi susu ibu sehingga bayi berumur 2 tahun atau lebih.”
Ibu-ibu harus peka tentang kepentingan penyusuan ibu dan menyokong serta melindungi hak asasi ibu untuk menyusukan bayi mereka. Dengan adanya pengetahuan tentang penyusuan ibu, bolehlah kita mengembalikan semula kepada ibu-ibu, keupayaan untuk memelihara dan membela anak-anak mereka dengan sempurna melalui cara-cara semulajadi yang telah dikurniakan Allah S.W.T kepada mereka.
Kemudian, setelah bayi mencecah umur 2 tahun, perlukah mereka kepada susu? YA! Mereka sangat memerlukan kalsium yang tinggi untuk membina tulang dalam badan mereka. Walaupun ia adalah susu formula, anak-anak sangat perlukannya. Setelah susu ibu mencegahnya daripada jangkitan penyakit ataupun alahan selama 2 tahun, besar kemungkinan susu formula tidak akan menyebabkannya berpenyakit kronik. Semuanya dengan izin Allah.
Kanak-kanak sedang dapam proses perkembangan. Semua organ, otot dan juga tulang masih dalam proses pertumbuhan. Oleh kerana itu, sekiranya ibu-ibu menghentikan pemberian susu kepada anak selepas 2 tahun penyusuan, ibu-ibu perlu meneruskannya dengan menggalakkan anak meminum susu formula. Sekiranya tidak, mereka mungkin akan mengalami masalah pertumbuhan. Seperti masalah gigi rosak dan sebagainya.
Saya mengambil kesempatan menulis artikel ini kerana ada di kalangan para ibu yang telah menukar pengambilan susu formula kepada anak mereka selepas 2 tahun kepada pengambilan Vico, Milo dan juga minuman coklat lainnya. Ada juga yang berbuat demikian dengan alasan agar anak-anak lebih mudah dilatih untuk ke tandas. Mereka bukan seperti para ibu sekalian. Para ibu bukan lagi mengalami proses pembentukan tulang, otot dan organ. Semua itu telah sempurna, cuma ibu-ibu memerlukan makanan tambahan untuk menyokong dan menguatkan lagi tulang, otot dan juga organ mereka.
Bertindaklah sewajarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan