Jumaat, 22 April 2011

INFO IMP 2

1. Syarat pada Pengilang

*Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
*Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.
*Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan AKAN DITUNTUT DI AKHIRAT KELAK.
*Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.
*Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba.

2. Syarat pada Kilang dan Peralatan/ Bahan

*Susunan dalam kilang mengikut syariat.
*Tidak ada muzik.
*Ada Nur bacaan Al-Quran.
*Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP & HACCP (Eropah).
*Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan dan pekerja 3 kali seminggu.
*Sumber bahan-bahan mentah hendaklah yang halal dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
*Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah.

3. Syarat pada Pekerja/Operator

*Operator mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan RasulNya (menutup aurat).
* Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
*Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.
*Sentiasa ada air wudhu.
*Mesti memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.
*Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
*Perempuan yang haid di pindahkan buat sementara waktu ke bahagian lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan